Saturday, February 5, 2011

kempen menyusu

Di Klinik Ibu Mengandung, semuanya bakal ibu baru pertama kali. Jadi, semasa sesi, masing2 santai dan tak tahu apa nak tanya atau apa nak expect dari ceramah berkenaan. Tersenyum saya, teringatkan saya sewaktu mengandung sara dulu. Saya pun ingatkan menyusu ni senang, selak dan beri. Bila sara lahir, baru tau langit itu tinggi ke rendah coz breastfeeding is not easy as i thought!



Sesi pagi di Klinik Ibu Mengandung

Sesi petang, sesi di Dewan Pulasari dan kami sama-sama menyambut minggu penyusuan susu ibu sedunia dgn kakitangan PPUM dan tetamu yang hadir.

Mereka menjemput kawan baru saya (kenal semasa on air di Wanita Hari Ini Jun tahun lalu), Suraya Yeop Junior untuk berkongsi pengalaman menyusukan anak beliau, Ilhan Moris. Suraya pernah telefon saya beberapa kali semasa beliau dalam confinement period bertanyakan pandangan saya kepada masalah block duct yang beliau alami dan Alhamdulillah, apa pun cabaran, beliau ibu yang kuat serta tidak putus asa walaupun keadaan sekeliling sibuk bertanya bila nak mula beri susu formula.


Saya kagum sbb, dahlah tak bersama anak, tak seperti kita yang boleh ulik anak pagi ptg siang malam, beliau masih memerah susu buat bekal anaknya yang jauh di mata. Dan bila beliau balik menjenguk anak, anaknya akan disusukan direct feeding tanpa ada apa2 masalah. saya kagum sbb ibu ini tabah, walhal anak tak ada dlm pandangan mata. Mungkin hanya gambar dan video menjadi penguat semangat semasa ibu ini memerah susu.

sekarang anaknya sudah 1 tahun setengah, dan dah tinggal bersama beliau, tetapi masih menyusu secara eksklusif dgn susu ibu. Inilah nilai titis kasih ibu yang di bawa kemana-mana sehinggalah tutup mata. Susah itu nombor 2. anak itu nombor satu, dalam kes beliau ini. Kagum! (saya berpisah 4 malam dgn anak masa ke korea pun drama swasta 1 episod air mata, tak tahulah mcm mana saya kalau jadi seperti dia!)


Ini sesi saya pula. Seronok berkongsi cerita suka dan duka dalam menyusukan anak-anak saya.



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home