Thursday, January 27, 2011

Buntis ..

Hai kawan2, bertemu kembali kita di ruangan blog ini. Apa khabar semua? semoga semuanya sihat dlm rahmat dan redha Allah s.w.t. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan cahaya mata, begitu juga aku dan suamiku. Gembiranya bukan kepalang apabila mendapat berita gembira bahawa tidak lama lagi akan lahir org baru dlm kehidupan kami, dari berdua jadilah bertiga hehe lahirnya khalifah kecil yang diamanahkan oleh Allah adalah suatu rahmat dan sinar buat kami, itulah yang dinamakan anak. Setahunya kami berita gembira itu, bermulalah pelbagai persiapan fizikal dan mental untuk persediaan menyambut kelahiran bayi yang suci bersih ini. Pertama-tamanya kami memanjatkan syukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah ini. Inilah yang ditunggu-tunggu walaupun usia perkahwinan kami masa itu belum pun sebulan, dan sememangnya kami dah lama berniat untuk menimang cahaya mata kerana kami amat sukakan budak2 kecil. Ibu dan ayah pun dah teringin cucu tu. Itulah hadiah kami buat mereka, semoga mereka bergembira dengan kelahiran suci ini hehe

Persiapan awal ialah dari segi mental, kalau sebelum ini kurang membaca al-quran, kami sama-sama memantapkan lagi pembacaan, terutamanya surah Mariam dan surah Yusuf. Antara khasiat surah2 ini ialah memudahkan bersalin dan semoga anak yang dilahirkan cantik dan mulus. Sebagaimana kita ketahui semua kisah mariam yang melalui proses bersalin dengan mudah sekali. Dikatakan juga khasiat memakan kurma memudahkan proses bersalin. Ternyata itu benar sepertimana yang tercatat dalam al-Quran. Aku pun stat lah menjadi pemakan kurma hehe Anakku alisha pun selepas lahir, masa majlis tahniq (membuka mulut), tok imam dan ustaz-ustaz terkejut sebab dia suka sgt makan kurma. Dia menghisap-hisap kurma yang disuap oleh mereka ke dalam mulutnya. Kemudian apabila mereka menyuap air zam-zam ke dalam mulutnya, pun dia menghisap air zam-zam seperti biasa diminumnya. lagi pula memakan buah yg manis baik utk perut.

Kata orang, ibu mengandung perlukan khasiat yang banyak, terutamanya kalsium kerana menurut kata doktor anak akan mengambil kalsium dan juga darah dari ibunya. Jadi, si ibu perlulah memakan sumber-sumber yang boleh menambah tenaga bagi menampung keperluan si ibu dan anak di dalam kandungan. cecece dah jadi cam doktor plak. Aku pun start lah minum susu anmum dan juga obimin iaitu sejenis vitamin yang boleh memberi tenaga dan menambah segala vitamin yang diperlukan. Di samping itu juga, aku selalu meminum susu lembu, susu kerbau, susu kambing yang original. Ayahku yang menjadi tukang belinya. Terima kasih ayah kerana mengambil berat akan anakmu ini, bukannya apa dia nak cucunya sihat dari dlm kandungan lagi. Ternyata betul, alisya sewaktu lahir, kuat betul tulang dia. Tidak salah kita berikhtiar untuk memberi kesihatan yang baik pada anak, oleh itu, sesiapa yang tidak suka minum susu, usahakanlah supaya dpt minum juga susu sbb khasiatnya amat byk. Kasihanlah anak yg di dlm perut tu, dia tahu makan apa yg kita makan. Jadi menjadi tanggungjawab kita utk memberi kesihatan yg baik padanya. Satu lagi khaisat kurma dan susu kambing ini dpt mengelakkan baby dr terkena kuning, atau sekurang-kurangnya klu dia terkena pun, jumlahnya sedikit saja. Itu pun betul juga, oleh kerana aku selalu meminum susu kambing walaupun agak terlewat juga, masa perut 8 bulan baru minum, alisha hanya kena sedikit saja kuning. Kesian tengok baby kena ambil darah kat kaki, tak sanggup rasanya. Jadi dinasihatkan pada diri sendiri dan bakal-bakal ibu, mulalah minum susu kambing sejak dr awal kehamilan lagi. InsyaAllah pengalaman ini akan aku praktikkan untuk kelahiran cahaya mata yang kedua kami nnt.

sempat lagi berposing time sarat ni hehe


Kata Fazilah Kamsah, untuk melahirkan anak yang baik, ibu dan bapa perlulah menjaga tingkah laku ketika hamil, bukan ibu saja yang kena jaga, ayahnya juga kenalah jaga. Sewaktu kehamilan begini, ibu bapa perlulah menjaga emosi agar sentiasa ceria, cergas, rajin, berkasih sayang, bertoleransi dan semuanya sifat mahmudah. Bukan sekadar semasa kehamilan saja, tetapi teruskanlah bersikap mahmudah sepanjang hayat, agar menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu bapa tidak perlu segan silu untuk bermanja-manjaan di depan anak-anak tetapi janganlah keterlaluan sangat supaya anak-anak dapat merasa sama gelombang positif. Mereka juga akan sentiasa dididik dan hidup dlm suasana kasih sayang. Aminnnn

Di dalam kehamilan juga, aku amat suka minum air soya dan air kelapa muda. Terasa segar badan apabila meminum air kelapa muda ni. Lagipun air kelapa muda ni, khasiatnya dapat membuang bisa-bisa dalam badan, di samping dpt menyejukkan badan. Air soya dpt memberi kulit yg cantik kepada baby, so apa lagi kawan2, minumlah byk2 hehe Kata org, ketika hamil mcm2 yg diidam nak makan, tetapi aku tak lah rasa sgt ngidam tu, sikit2 tu adalah tp tak ketara sgt, kalau tak dapat pun tak apa. Tp suamiku amat prihatin, apa saja yang keluar di sebutan mulutku, mesti dia akan carikan sampai dapat. Terima kasih sayang, klu camtu boleh ngandung lagilah lepas ni, dpt layanan yg sepesel hehe bukan time ngandung ja dpt mcm tu, tp memang sikap suamiku seperti itu sejak kami mula kenal dulu sampai dah kawen sehingga kami dah dpt anak. Alhamdulillah di atas anugerah Allah yg tak terhingga itu.

Dengan status kami PJJ, kami hanya dpt jumpa hanya seminggu sekali saja, walaupun begitu, setiap kali pulang, suamiku pasti akan membaca al-Quran di perutku agar anak di dalam perut mendengar ayat-ayat suci al-Quran supaya tenang jiwanya dan mengusap-usap perut supaya bby dpt rasa keperihatinan ibu dan ayahnya. Di samping itu juga kami sering berbual-bual dgn baby dlm perut, alangkah seronoknya apabila dia memberi respon dgn menggerakkan tangan dan kakinya. Hmmmm alisha sekarang ni pun suka sgt berbual, ramah pulak dia, sbb tu la tok ngn tok wan dia asyik rindu ja kat dia, suka tgk telatah dia tu hehe Mengikut kajian saintifik, anak dlm kandungan mendengar apa yg terjadi di luar, jd jika kita membaca al-Quran, doa-doa, dan berbual-bual dgnnya, secara tak langsung kita mendidiknya dr dlm perut lg. Mudah-mudahan apabila dia keluar nnt, dia sudah terdidik dan terbiasa dgn ayat2 suci kalam Allah ini. Banyak lg amalan2 semasa mengandung, iaitu perlulah menjaga tingkah laku, tutur kata, sikap kerana sedikit sebanyak itu akan mempengaruhi anak di dlm kandungan. Kalau kita sentiasa ceria, maka cerialah anak kita nnt, InsyaAllah....

Di saat kandungan berusia 6 bulan hingga 9 bulan, kami begitu teruja apabila dpt merasa pergerakan baby di dlm perut. Di saat itu, kami memanjatkan syukur pada Allah dan memuji-muji kehebatan Allah s.w.t. di atas segala nikmat yg diberikan, lahirnya puteri yg comel dah sihat sehingga kini. Mudah-mudahan alisha menjadi anak yg solehah, mentaati Allah dan Rasul, mentaati ibu bapa, orang tua dan seluruh umat manusia. Besar jiwanya, teguh imannya, mantap peribadinya serta menjadi contoh tauladan yg baik buat adik-adiknya nnt. Aminnnn


sentiasa ceria walaupun penat dan dah tak larat hehe

Di saat usia kehamilan masuk 8 dan 9 bulan sudah terasa letih dan tak larat sgt, mungkin juga kerana baby dah bertambah berat. Alhamdulillah sepanjang mengandungkan alisha, Allah memeliharanya sesuai dgn makna namanya, sehingga kedudukannya tidak pernah berubah, kata doktor kedudukan bayi di bawah dr awal kehamilan sehingga lahir. Kami selalu bergurau, haiii... baby ni mcm dah tak sabar nak tgk ibu dan ayahnya ni hehe sehinggakan aku bersalin 10 hari awal drp due. Terima kasih kepada rakan sepejabatku kerana memperkenalkan aku kepada produk salindah, perubatan homopati. Walaupun agak terlewat juga aku memakan produk itu, tp ternyata produk itu membantu proses bersalin. Maklumlah, kata org pengalaman bersalin anak pertama ni byk benda yg kita tak tahu. Dgn pengalaman yg ada ni, moga2 dpt dipraktikkan lebih awal utk anak kedua nnt hehe

Ubat bukanlah asbab utk memudahkan semua perkara, tetapi yg memberi kekuatan itu adalah Allah. Tetapi dgn berkat usaha kita dan ikhtiar mudah-mudahan Allah memberi bantuan seperti mana yg kita inginkan, insyaAllah aminnnn Dinasihatkan juga pd diri sendiri dan bakal-bakal ibu, sebelum bersalin hendalah kita meminta maaf dan memaafkan semua org. Kita juga haruslah menjaga tingkah laku dgn suami, ibu bapa, saudara mara, sahabat handai kerana kita tidak lama lagi akan berjuang dan bertarung nyawa. Banyakkanlah membaca doa-doa terutamanya doa lailahailla anta subhanakainni kuntum minazzalimin. Pengorbanan seorang isteri yg sanggup mempertarungkan nyawa bukanlah suatu yg mudah seperti memakan kacang. Hanya yg merasainya saja yg memahami hakikat itu. Tp ternyata walaupun sakit bersakin itu, amat sakit dan tidak seperti sakit yg lain, Allah memberi kekuatan sehingga kita dpt melaluinya tanpa menitiskan air mata disebabkan kesakitan itu, tetapi kita menitiskan air mata kerana terlalu gembira melihat anak yg lahir dr rahim kita. Maka dgn itu, Allah menjanjikan pahala seperti bayi yg baru lahir kepada ibu yg bersalin. Di saat itu juga barulah kita mengerti begitu besarnya pengorbanan ibu kita. Jadi berbaktilah sebaik-baiknya kpd ibu kita selagi dia masih hidup. Mudah-mudahan anak-anak kita juga akan memperlakukan perkara yg sama kepada kita Aminnnnn

1 Comments:

At June 9, 2011 at 4:32 AM , Blogger Mr. Deen said...

Memohon kepada Allah tanpa mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di dilarang adalah satu perbuatan yang sia-sia...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home