Friday, January 28, 2011

untuk mama n abah n hadiah utk abg


My baby and brother

Gambar kat atas tu i shoot masa 2 hari lepas which is my baby 18 weeks and 2 days old. Besar ke perut saya? hubby cakap besar. Yang pastinya saya memang sudah mula mula termengah-mengah bila berjalan laju, makan dengan banyak, bercakap panjang especially time presentation dalam meeting, oh bila bermain bersama adam definately makin laju jantung berdegup dan apetah l;agi bila menyanyi nursery rhyme dengan adam. Tapi aku masih gagah lagi menari dengan hubby semasa birthday adam, wink! Tak tau lah bila dah 7 bulan ke atas macam mana. I harap semuanya ok dan i masih kuat dan bertenaga seperti biasa.

Manalah adam nak dengar baby kicking kalau dah adam landing telinga kat tetek mama, aduh si abang adam, tetek mama takde dengar bunyi ape-ape la....

Pregnant kali ni saya suka minum air yang manis-manis dan sejuk, oh sejuk sangat penting, aiskrim baskin robin dan haagen dazs menjadi penting. Lagi satu baby saya suka makan nasi putih, kari mamak, ayam goreng mamak dan papadom. Puas rasenye bile lunch kat office dapat makan semua tu kat kedai mamak, ape daaa.... taste mamak. Tapi makanan yang lelain pun saya belasah gak tak kira samada western, thai, chinese food erk but not japanese food. Saya memang kurang gemar japanese food.

Chek up lepas, doktor sudah nampak sikit gender baby saya cuma 60% confirmation cos baby ni main kepit dan buka plak, acah-acah gitew. Tapi jika benar result 60% gender baby yang doktor tgk tu beerti BETUL la INSTINCT saya. Ape-ape saya bersyukur pada Allah kerana baby sihat dan tumbesaran mengikut jadual yang betul.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home