Thursday, January 27, 2011

kandunganku

Salam sayang semua.Ketika ini kami masih menanti kehadirannya.Keadaan ummi ketika ini.36 weeks pregnant! Mengah.Lenguh.Bulat seperti donat.Lembab.Terkedek-kedek seperti penguin ketika berjalan.Nervous.Excited.Oh,baunya.Kepam iaitu perempuan busuk yang kuat berpeluh-peluh.^_^


How times flies.kandungan sudah 36 minggu.Thank You Allah.bila sudah 36 minggu maknanya bayi hampir matang.bayi sedang membesar membawa kepada saratnya perut ummi.Kepesatan perut ummi juga bermakna sudah hampir masanya untuk bertemu dengan kamu.sudah hampir masanya kamu melihat dunia.Sudah hampir masanya kami membelai dan memeluk kamu.


Tidak sabar rasanya untuk melihatmu lahir.Alhamdulillah.keadaan bayi sihat.semalam berjumpa dengan my gynae.bayi sudah 3kg.oh,sayang kamu sudah semakin berat.Gynae kata kemungkinan kamu boleh seberat 3.5kg ketika lahir.kadang-kadang terasa sakit di bahagian bawah perut.Doktor mazita kata kepala kamu sudah ke bawah.terasa sakit kerana kepala kamu tolak ke bawah.keadaan ummi juga sihat.sudah 67kg.Patutlah tembam.Gemuk.Sedapkan hati dan gembira yang penting kamu sihat,my Little Calliph!


Memang cepat masa berlalu.Tak lama lagi ummi akan menjadi ibu kepada 2 anak! Gosh! macam tak percaya pula.Hehe.Pastinya hidup ummi akan berubah selepas ini.Saya mempunyai insan-insan lain yang harus di utamakan.Rutin harian juga akan berubah selepas ini.Tanggujawab juga bertambah.Yang pastinya kami akan lebih bahagia dengan kehadiranmu.

Sayang kamu berdua.Terlalu sayang.Kamu yang membawa kebahagian kepada ummi dan abi.Ketika ini kakak aufa sudah memahami ada baby dalam perut ummi.Tetapi dia juga kata dalam perutnya ada baby juga sambil membuka baju dan tunjuk perutnya

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home