Friday, January 28, 2011

vacation


[DSC_0584.jpg]


Batman!


Banyak sangat gambar dengan haiwan so i letak random jek la....


Kami lunch di Galeria



Singgah di Planet Hollywood sebelum ke Tanah Lot


Tuan Director!


Ni datang nak casting degan tuan Director tadi


Leka la adam bermain sementara mama and baba shopping di Planet Hollywood


6 helai baju di rembat di sini untuk anak beranak, bergambar dulu sebelum bertolak ke tanah Lot

Perjalanan dari Bandar Kuta ke Tanah Lot mengambil masa lebih kurang sejam. Tapi sepanjang perjalanan sangat best melihat pemandangan cantik sawah padi. Gambar di atas tu antara gambar yang diambil oleh hubby. Saya suka gambar ni sebab nampak shadow awan, tenang jek rasa...


Setibanya di Tanah Lot yang mana terdapat Temple di tepi laut. Kalau tak silap saya temple tu la yang masuk travel channel untuk salah sebuah tempat menarik untuk wedding. Bentar aja lagi ada gambarnya buk....


Nak menuju ke temple tepi laut untuk melihat sunset kene jalan kaki ke bawah bukit lebih kurang 250 meter so jangan menggatal nak pakai high heel ye. Di sepanjang jalan nak menuruni bukit tu kiri kanan penuh la gerai-gerai jualan seperti di pasar Ubud tu. Saya suka lukisan spiderman kat atas tu, suruh hubby beli untuk letak di office tapi penjualnya tak de plak. Sape pergi bali pasni, saya nak kirim..... hehehehhe...


Hah lega ok dah sampai di bawah tu, tonggek la montot nak balik naik bukit tu kang....


Ular ni besar bangat!


Huishhh angin dan bunyi ombak laut memang best!


Sebelah kiri tu kalau anda berminat nak buat wedding di situ...


Ini si kodam dah gatal nak main lompat-lompat kat kelopak air tu...


Sunset!


Terpeleot pinggang mama bila adam minta dukung!


Malam tu kami makan di restoran Sunda. Lepas makan lebihkurang pukul 11 tiba hotel kami terus zassss tido la wei... penat woooo.... Esok hari keempat aktiviti bebas kami tiada pak supir. Hari keempat punya cerita sebentar aje lagi!


untuk mama n abah n hadiah utk abg


My baby and brother

Gambar kat atas tu i shoot masa 2 hari lepas which is my baby 18 weeks and 2 days old. Besar ke perut saya? hubby cakap besar. Yang pastinya saya memang sudah mula mula termengah-mengah bila berjalan laju, makan dengan banyak, bercakap panjang especially time presentation dalam meeting, oh bila bermain bersama adam definately makin laju jantung berdegup dan apetah l;agi bila menyanyi nursery rhyme dengan adam. Tapi aku masih gagah lagi menari dengan hubby semasa birthday adam, wink! Tak tau lah bila dah 7 bulan ke atas macam mana. I harap semuanya ok dan i masih kuat dan bertenaga seperti biasa.

Manalah adam nak dengar baby kicking kalau dah adam landing telinga kat tetek mama, aduh si abang adam, tetek mama takde dengar bunyi ape-ape la....

Pregnant kali ni saya suka minum air yang manis-manis dan sejuk, oh sejuk sangat penting, aiskrim baskin robin dan haagen dazs menjadi penting. Lagi satu baby saya suka makan nasi putih, kari mamak, ayam goreng mamak dan papadom. Puas rasenye bile lunch kat office dapat makan semua tu kat kedai mamak, ape daaa.... taste mamak. Tapi makanan yang lelain pun saya belasah gak tak kira samada western, thai, chinese food erk but not japanese food. Saya memang kurang gemar japanese food.

Chek up lepas, doktor sudah nampak sikit gender baby saya cuma 60% confirmation cos baby ni main kepit dan buka plak, acah-acah gitew. Tapi jika benar result 60% gender baby yang doktor tgk tu beerti BETUL la INSTINCT saya. Ape-ape saya bersyukur pada Allah kerana baby sihat dan tumbesaran mengikut jadual yang betul.

Kehamilan satu kecantikan ..

Okey let me start the story. 4 days before the event i pergi fitting di maternity warehouz (sponsor baju for the event to all contestant). The owner very friendly and the most important thing baju semua best2 especially the material sangat lembut dan sangat selesa plus fashionable. Baju untuk breast feeding pun banyak. I memang highly recommended to all of you gi la cuba baju2 di maternity warehouz ni memang best. Me myself confirm akan pergi kedai ni after confinement untuk baju breast feed nanti. Oh kedai ni terletak di dalam hospital Tropicana. Masuk ke arah jalan nak gi ikea tapi terus lagi until u c on your left side tropicana hospital, di lobby hospital belah kanan.Okey di bawah ni beberapa gambar i semasa sessi pemilihan baju :)










I pilih baju diatas untuk semi final pada hari sabtu. Semi final ni sepatutnya ade 12 peserta tapi ade peserta yg dah terbersalin so jadi 11 orang sahaja. Pada hari semi final kene make up sendiri. I make up sendiri tapi my eye ade orang elianto tolong buatkan cos i bought eye lasheh kat tempat diorang. I love my hair and my make up on semi final.

I antara orang yang lambat sampai di tempat pertandingan, tengok tu baru terhegeh-hegeh nak pakai no kat baju dah terkejut jadi peserta no 1 naik ke pentas. I rase gementar jugak sebab jadi peserta no satu kan lepas tu dah naik pentas emcee terlupa yang ade soalan IQ test pastu dok suruh i jalan catwalk berulang kali, gosh i takde mood terus. Soalan IQ i dapat dari juri adelah mengenai asid folik. Nasib dapat jawab.... tapi mood dah lari...


On stage

Para juri terdiri dari pihak karang kraf selaku penganjur dan middle adelah wakil dari spnsor utama iaitu butik maternity warehouz

I would be more comfortable if i hold the mic

All the contestant for semi final

Peserta yang berjaya ke final

Actually i berharap i tak pergi ke final with a lot of reason, first and foremost i paling kesian kat my son adam, i tinggalkan kat rumah with my maid dah le 5 working days balik lewat malam so dah 6 hari die duduk dengan maid jek kan, i malas nak bawa cos nanti die tak selesa, makan tak menentu lebih selesa duduk rumah kan. second sebab i dilanda selsema, running nose ok, meleleh fuhh memang tak selesa la and third i dint expect i will go to final.


Hubby cakap takpelah esok kita bawa adam, suruh dewi jagakan. ok sunday masuk final with all contestant lain yang gorgeous. I am the only one yang 2nd pregnancy masuk final, contestant lain semua 1st pregnancy. Gambar kat atas tu dalam bilik tengah tunggu untuk di makeup kan oleh professional makeup artist. Pada hari final. Make up artist di sediakan plus kita tak tau baju ape yang akan kita pakai cos kene berebut baju bila die gantung nanti. Errkkk i kurang selesa bila di suruh berebut baju macam dalam american next top model tu cos kami semua perut besar nanti ade yang berlanggar-langar which is tak sesuai sangat. Beberapa peserta lain pun berpendapat sama seperti saya, end up memang betul pun ade yang terlanggar perut dan terpijak kaki, kesian kat rachel the only peserta cina, some one tersiku perut die. Tapi ikut jek la kan... Gambar rebut2 baju tu blur la pulak tapi kelakar jugak, gi tengok dalam majalah pa&ma la nanti.


Gambar kat atas saya selepas di makeupkan dan rambut saya yang tak berapa masuk dengan jiwa saya. What do you think? i would prefer rambut i masa semi final. I rase my hair membuat kan i nampak agak lebih berusia, hahahahha. tapi jalan jek la kan... Nina from karangkraf told me i will the 1st naik stage, i was like what? aik kenapa aku first lagi. I cakap " alamak nina, macam unfair plak i yg 1st lagi, nina cakap nanti die tanya kak liza editor karangkraf macam mana, Tak lama pastu derang bawa masuk kertas dalam balang untuk peserta cabut no which i rase itu yang sepatutnya. Pastu i got no 5 and editor karangkraf datang pada i bagitau yang derang terpaksa ubah semua kedudukan nama cos kene cabut undi balik (maybe sebab i requestkan), gosh dah le editor pa&ma ni pengadil utama kot menyampah la pulak die dekat i yg banyak songeh tak nak jadi no 1naik stage ni kan, hahahhahahah
.
Briefing with karangkraf team

Photo with contestant and make up artist

All of us

Me on stage
I dapat soalan yang tak mencabar which is berapa kg ibu hamil patut naik berat badan which is tak bayank pun bleh elobrate.

All finalist on stage

My lovely adam pun sibuk nak masuk gak

i got consolation prize

All of us
Me and my hubby plus adam

The winner yang baju brown, jaya which is die deserved to menang and second place yang pakai tudung merah, third palce najihah, i takde gambar dengan u pulak.Overall, i feel happy masuk contest ni cos dapat experience, kawan baru jiha, jaya, fatihah, lydia, ayo banayak la nak disenaraikan, fatihah i will go to pinang visit u, hahahah. Plus dapat hadiah yang best2 la kan macam baju, barang avent, botol susu kaca, losyen set, barangan baby yg lelain ala tak sempat nak amik gambar la. 1st place dapat abby cot, bottle sterelizer and cup from avent which memang kalau i dapat pun tak tau nak buat ape cos semua i dah ade kalau playpen mau loncat gak so untuk yg 1st pregnancy deserve more cos jaya cakap die memang tak beli lagi all those thing.

Thursday, January 27, 2011

Buntis ..

Hai kawan2, bertemu kembali kita di ruangan blog ini. Apa khabar semua? semoga semuanya sihat dlm rahmat dan redha Allah s.w.t. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan cahaya mata, begitu juga aku dan suamiku. Gembiranya bukan kepalang apabila mendapat berita gembira bahawa tidak lama lagi akan lahir org baru dlm kehidupan kami, dari berdua jadilah bertiga hehe lahirnya khalifah kecil yang diamanahkan oleh Allah adalah suatu rahmat dan sinar buat kami, itulah yang dinamakan anak. Setahunya kami berita gembira itu, bermulalah pelbagai persiapan fizikal dan mental untuk persediaan menyambut kelahiran bayi yang suci bersih ini. Pertama-tamanya kami memanjatkan syukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah ini. Inilah yang ditunggu-tunggu walaupun usia perkahwinan kami masa itu belum pun sebulan, dan sememangnya kami dah lama berniat untuk menimang cahaya mata kerana kami amat sukakan budak2 kecil. Ibu dan ayah pun dah teringin cucu tu. Itulah hadiah kami buat mereka, semoga mereka bergembira dengan kelahiran suci ini hehe

Persiapan awal ialah dari segi mental, kalau sebelum ini kurang membaca al-quran, kami sama-sama memantapkan lagi pembacaan, terutamanya surah Mariam dan surah Yusuf. Antara khasiat surah2 ini ialah memudahkan bersalin dan semoga anak yang dilahirkan cantik dan mulus. Sebagaimana kita ketahui semua kisah mariam yang melalui proses bersalin dengan mudah sekali. Dikatakan juga khasiat memakan kurma memudahkan proses bersalin. Ternyata itu benar sepertimana yang tercatat dalam al-Quran. Aku pun stat lah menjadi pemakan kurma hehe Anakku alisha pun selepas lahir, masa majlis tahniq (membuka mulut), tok imam dan ustaz-ustaz terkejut sebab dia suka sgt makan kurma. Dia menghisap-hisap kurma yang disuap oleh mereka ke dalam mulutnya. Kemudian apabila mereka menyuap air zam-zam ke dalam mulutnya, pun dia menghisap air zam-zam seperti biasa diminumnya. lagi pula memakan buah yg manis baik utk perut.

Kata orang, ibu mengandung perlukan khasiat yang banyak, terutamanya kalsium kerana menurut kata doktor anak akan mengambil kalsium dan juga darah dari ibunya. Jadi, si ibu perlulah memakan sumber-sumber yang boleh menambah tenaga bagi menampung keperluan si ibu dan anak di dalam kandungan. cecece dah jadi cam doktor plak. Aku pun start lah minum susu anmum dan juga obimin iaitu sejenis vitamin yang boleh memberi tenaga dan menambah segala vitamin yang diperlukan. Di samping itu juga, aku selalu meminum susu lembu, susu kerbau, susu kambing yang original. Ayahku yang menjadi tukang belinya. Terima kasih ayah kerana mengambil berat akan anakmu ini, bukannya apa dia nak cucunya sihat dari dlm kandungan lagi. Ternyata betul, alisya sewaktu lahir, kuat betul tulang dia. Tidak salah kita berikhtiar untuk memberi kesihatan yang baik pada anak, oleh itu, sesiapa yang tidak suka minum susu, usahakanlah supaya dpt minum juga susu sbb khasiatnya amat byk. Kasihanlah anak yg di dlm perut tu, dia tahu makan apa yg kita makan. Jadi menjadi tanggungjawab kita utk memberi kesihatan yg baik padanya. Satu lagi khaisat kurma dan susu kambing ini dpt mengelakkan baby dr terkena kuning, atau sekurang-kurangnya klu dia terkena pun, jumlahnya sedikit saja. Itu pun betul juga, oleh kerana aku selalu meminum susu kambing walaupun agak terlewat juga, masa perut 8 bulan baru minum, alisha hanya kena sedikit saja kuning. Kesian tengok baby kena ambil darah kat kaki, tak sanggup rasanya. Jadi dinasihatkan pada diri sendiri dan bakal-bakal ibu, mulalah minum susu kambing sejak dr awal kehamilan lagi. InsyaAllah pengalaman ini akan aku praktikkan untuk kelahiran cahaya mata yang kedua kami nnt.

sempat lagi berposing time sarat ni hehe


Kata Fazilah Kamsah, untuk melahirkan anak yang baik, ibu dan bapa perlulah menjaga tingkah laku ketika hamil, bukan ibu saja yang kena jaga, ayahnya juga kenalah jaga. Sewaktu kehamilan begini, ibu bapa perlulah menjaga emosi agar sentiasa ceria, cergas, rajin, berkasih sayang, bertoleransi dan semuanya sifat mahmudah. Bukan sekadar semasa kehamilan saja, tetapi teruskanlah bersikap mahmudah sepanjang hayat, agar menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu bapa tidak perlu segan silu untuk bermanja-manjaan di depan anak-anak tetapi janganlah keterlaluan sangat supaya anak-anak dapat merasa sama gelombang positif. Mereka juga akan sentiasa dididik dan hidup dlm suasana kasih sayang. Aminnnn

Di dalam kehamilan juga, aku amat suka minum air soya dan air kelapa muda. Terasa segar badan apabila meminum air kelapa muda ni. Lagipun air kelapa muda ni, khasiatnya dapat membuang bisa-bisa dalam badan, di samping dpt menyejukkan badan. Air soya dpt memberi kulit yg cantik kepada baby, so apa lagi kawan2, minumlah byk2 hehe Kata org, ketika hamil mcm2 yg diidam nak makan, tetapi aku tak lah rasa sgt ngidam tu, sikit2 tu adalah tp tak ketara sgt, kalau tak dapat pun tak apa. Tp suamiku amat prihatin, apa saja yang keluar di sebutan mulutku, mesti dia akan carikan sampai dapat. Terima kasih sayang, klu camtu boleh ngandung lagilah lepas ni, dpt layanan yg sepesel hehe bukan time ngandung ja dpt mcm tu, tp memang sikap suamiku seperti itu sejak kami mula kenal dulu sampai dah kawen sehingga kami dah dpt anak. Alhamdulillah di atas anugerah Allah yg tak terhingga itu.

Dengan status kami PJJ, kami hanya dpt jumpa hanya seminggu sekali saja, walaupun begitu, setiap kali pulang, suamiku pasti akan membaca al-Quran di perutku agar anak di dalam perut mendengar ayat-ayat suci al-Quran supaya tenang jiwanya dan mengusap-usap perut supaya bby dpt rasa keperihatinan ibu dan ayahnya. Di samping itu juga kami sering berbual-bual dgn baby dlm perut, alangkah seronoknya apabila dia memberi respon dgn menggerakkan tangan dan kakinya. Hmmmm alisha sekarang ni pun suka sgt berbual, ramah pulak dia, sbb tu la tok ngn tok wan dia asyik rindu ja kat dia, suka tgk telatah dia tu hehe Mengikut kajian saintifik, anak dlm kandungan mendengar apa yg terjadi di luar, jd jika kita membaca al-Quran, doa-doa, dan berbual-bual dgnnya, secara tak langsung kita mendidiknya dr dlm perut lg. Mudah-mudahan apabila dia keluar nnt, dia sudah terdidik dan terbiasa dgn ayat2 suci kalam Allah ini. Banyak lg amalan2 semasa mengandung, iaitu perlulah menjaga tingkah laku, tutur kata, sikap kerana sedikit sebanyak itu akan mempengaruhi anak di dlm kandungan. Kalau kita sentiasa ceria, maka cerialah anak kita nnt, InsyaAllah....

Di saat kandungan berusia 6 bulan hingga 9 bulan, kami begitu teruja apabila dpt merasa pergerakan baby di dlm perut. Di saat itu, kami memanjatkan syukur pada Allah dan memuji-muji kehebatan Allah s.w.t. di atas segala nikmat yg diberikan, lahirnya puteri yg comel dah sihat sehingga kini. Mudah-mudahan alisha menjadi anak yg solehah, mentaati Allah dan Rasul, mentaati ibu bapa, orang tua dan seluruh umat manusia. Besar jiwanya, teguh imannya, mantap peribadinya serta menjadi contoh tauladan yg baik buat adik-adiknya nnt. Aminnnn


sentiasa ceria walaupun penat dan dah tak larat hehe

Di saat usia kehamilan masuk 8 dan 9 bulan sudah terasa letih dan tak larat sgt, mungkin juga kerana baby dah bertambah berat. Alhamdulillah sepanjang mengandungkan alisha, Allah memeliharanya sesuai dgn makna namanya, sehingga kedudukannya tidak pernah berubah, kata doktor kedudukan bayi di bawah dr awal kehamilan sehingga lahir. Kami selalu bergurau, haiii... baby ni mcm dah tak sabar nak tgk ibu dan ayahnya ni hehe sehinggakan aku bersalin 10 hari awal drp due. Terima kasih kepada rakan sepejabatku kerana memperkenalkan aku kepada produk salindah, perubatan homopati. Walaupun agak terlewat juga aku memakan produk itu, tp ternyata produk itu membantu proses bersalin. Maklumlah, kata org pengalaman bersalin anak pertama ni byk benda yg kita tak tahu. Dgn pengalaman yg ada ni, moga2 dpt dipraktikkan lebih awal utk anak kedua nnt hehe

Ubat bukanlah asbab utk memudahkan semua perkara, tetapi yg memberi kekuatan itu adalah Allah. Tetapi dgn berkat usaha kita dan ikhtiar mudah-mudahan Allah memberi bantuan seperti mana yg kita inginkan, insyaAllah aminnnn Dinasihatkan juga pd diri sendiri dan bakal-bakal ibu, sebelum bersalin hendalah kita meminta maaf dan memaafkan semua org. Kita juga haruslah menjaga tingkah laku dgn suami, ibu bapa, saudara mara, sahabat handai kerana kita tidak lama lagi akan berjuang dan bertarung nyawa. Banyakkanlah membaca doa-doa terutamanya doa lailahailla anta subhanakainni kuntum minazzalimin. Pengorbanan seorang isteri yg sanggup mempertarungkan nyawa bukanlah suatu yg mudah seperti memakan kacang. Hanya yg merasainya saja yg memahami hakikat itu. Tp ternyata walaupun sakit bersakin itu, amat sakit dan tidak seperti sakit yg lain, Allah memberi kekuatan sehingga kita dpt melaluinya tanpa menitiskan air mata disebabkan kesakitan itu, tetapi kita menitiskan air mata kerana terlalu gembira melihat anak yg lahir dr rahim kita. Maka dgn itu, Allah menjanjikan pahala seperti bayi yg baru lahir kepada ibu yg bersalin. Di saat itu juga barulah kita mengerti begitu besarnya pengorbanan ibu kita. Jadi berbaktilah sebaik-baiknya kpd ibu kita selagi dia masih hidup. Mudah-mudahan anak-anak kita juga akan memperlakukan perkara yg sama kepada kita Aminnnnn